it's my life,,

Thursday, January 27, 2011

aku dlu & skarang =)



farah diba ,,
3thun


  farah diba,,
20 tahun


farah diba
21 tahun


farah diba 
22 tahun


farah diba 
23 tahun


farah diba
ngan rambut perm



berambut lurus pendek


berambut lurus panjang


walau mcmne pon prubahan muke aku
aku tetap aku
farah diba now n 4ever
still da same person
=)

Wednesday, January 26, 2011

24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu,, =),,layan ye

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

rahsia di sebalik bilangan bunga ros

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.
1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses
Two of us deeply in love.
3 Roses
I love you.
6 Roses
I want to be yours.
9 Roses
Love each other eternally.
11 Roses
You are the one I love most in my life.
12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses
Secret admirer.
24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).
33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.
36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses
Constant unchangeable pledge.
50 Roses
This is "Regretless Love".
56 Roses
My love.
66 Roses
Successful love affair.
99 Roses
Love with understanding makes love eternal.
100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.
101 Roses
No other love but you.
108 Roses
Please marry me!
111 Roses
Eternal love.
123 Roses
Free love.
144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses
Everlasting and eternal love.
1001 Roses
Faithful love, 'till forever
So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?

rahsia di sebalik warna bunga ros,,




hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.
Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

petua org kampung jgn dilupekan!!

RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA

Lihat topik di atas. Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??


Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan rambut. Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan moisturizer rambut atau tonerrambut. Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan tidak bermaya. Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut , kalau boleh setiap minggu. Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit kepala kita jika kita menggalami kelimumur. Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau pewarna rambut terkena di kulit kepala. So HATI -HATI JIKA MEMBUAT REBONDING DAN MEWARNAKAN RAMBUT.
Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.


*Panjangkan Rambut*Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.
*Lembutkan Rambut*Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.
*Menghitamkan Rambut*Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.
*Elakan rambut gugur*Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.
*Khasiat Buah mengkudu*
Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur*Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.

MASALAH BERAT BADAN
Masalah orang perempuan
Percaya tak saya pernah menggalami berat badan lebih dari 65Kg? Pada masa tu saya hanya lah berpakaian T- shirt besar dan seluar getah. perut pun buncit. Dalam 15 tahun jugaklah saya gemuk. Kenapa yer. Maybe masa tu selera makan tengah membuak -buak kut.
Apa tidak nya. Saya makan junk food ngan air coke almost every day. Lepas tu flash ( buang air besar)tak aktif.Macam ketagih.
Mungkin tips saya ni boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan .
Anda boleh mengupas kulit daun lidah buaya dan rebus isinya. Kemudian airnya diminum . Amalkan setiap malam, anda akan melihat hasil nya .

Muka berjerawat

Kurangkan Jerawat


Rendam sepotong roti dalam semangkuk susu segar. Selepas itu letakkan roti tadi pada wajah anda yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit ,kemudian bilas bersih-bersih dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
Selamat mencuba dan semoga ianya membantu.

Pulut hitam putihkan wajah*
Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih saya sarankan ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.Anda akan rasa seperti mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang.Sekiranya diamalkan seminggu tiga kali.Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.Pengguna tidak perlu risau karena bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia seperti mana penggunaan kosmetik lain.

*Hilangkan jeragat*
Untuk menghilangkan jeragat di muka ,ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.Bila kering cuci dengan air suam.Amalkan selalu .Insya Allah kulit kita akan jadi lembut.Dan licin,jikalau tak ada limau nipis boleh juga diganti putih telur.

*Menggebukan Kulit muka*
Bagi memperolehi wajah sebegitu rupa anda hendaklah mengikuti petua ini. Bahan yang perlu di sediakan ialah segenggam beras pulut.madu dan lima biji limau kasturi. Caranya mudah dengan menggoreng beras pulut tanpa minyak sehingga. Kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau
dan di gaul hingga sebati.Sebelum menggunakkanya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya .Selama 15 minit.Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.Pasti memuaskan anda.Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.

*Kulit Cerah,Dan Berseri*
Rendam Beras semalaman.Keesokan harinya tos dan jemur,beras tersebut hingga kering,setelah kering tumbuk atau kisar sehingga halus. Bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih,sepotong ibu kunyit dan segenggamPucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.Bancuh badak ini dgn air secukupnya sapukan pada kulit wajah,selepas 15 hingga 30 minit,Barulah cuci wajah anda.Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.

*Madu Haluskan Kulit*
Ambil setitik madu,Campurkan sedikit dgn air bagi memudahkan larutan,Sapukan pada kulit wajah yang bersih.Sekiranya kulit anda terlalu kering,Gunakan madu sebagai masker,campur dengan sedikit air dan sapukan pada seluruh wajah.Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

*Hilangkan Parut*
Ambil sebiji asam jawa goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit,Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar.Bila keluar serbuknya,titiskan dengan air dan gosok pada parut.Insya Allah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

*Hilangkan panau di wajah*
Ambil sepotong halia atau belerang,tumbuk lumut kemudian tempelkan di muka.Lakukan setiap hari sebelum tidur.Insya Allah anda akan peroleh hasilnya.
Semoga dengan paparan ringkas ini dapat membantu sahabat yang lain. Saya juga akanupdate dari masa ke semasa koleksi petua saya ni . Insyaallah.


kelebihan ikan dalam akuarium,,jgn pndang je taw,,hee

FISH

Tahukah anda Ikan merupakan satu terapi yang dapat membantu anda menghilangkankan stres dan menurunkan tekanan darah! Dengan hanya melihat pergerakannya di dalam akuarium selama beberapa minit sahaja stress anda akan berkurangan.... Percayalah!



hr ni topik aku psal SPA,,law la aku de spa,,aku nk ltak name SPA F,,lebey krang mcm SPA Q laa


kebaikan & Kelebihan Sauna

KELEBIHAN MANDI WAP SAUNA BERBANDING AKTIVITI LAIN 
Berikut adalah perbandingan di antara kesan daripada mandian wap ( bersauna ) dan dengan kegiatan bersukan yang lain : 


1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori 
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori. 
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori 




KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA ) 
** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. 
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar. 
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury 
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. 
** Meningkatkan sistem kardiovascular 
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot 
** Melancarkan peredaran darah 
** Meningkatkan sistem immunisasi badan 
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki 
** Meningkatkan tahap metabolisma

Khasiat & Kelebihan Rempah Lulur

REMPAH MANDI/LULUR SLIMMING
  • Masalah angin
  • Menurunkan berat badan
  • Migraine
  • Urat saraf
  • Menyegarkan badan
  • Hilang bau badan
  • Mencegah terkeluar urat besar dan halus
  • Mengurangkan pecah tumit kaki
  • Kulit kelihatan halus, bersih dan gebu
SAUNA SLIMMING/REMPAH
  • Masalah angin
  • Masalah berat badan
  • Urat saraf
  • Hilang bau badan
  • Migrain
  • Baik untuk perjalanan darah
LULUR KOPI
  • Menanggal sel mati
  • Baik untuk peredaran darah
  • Anti stress
LULUR HALIA
  • Menghangatkan badan
  • Anti selulit
  • Baik untuk peredaran darah
  • Menbuang angin
LULUR KAYU MANIS
  • Menghilangkan parut
  • Anti stress
  • Mengatasi masalah jerawat badan
LULUR COCONUT
  • Menghilangkan bau badan
  • Membuang sel mati
  • Baik untuk peredaran darah
  • Kelembapan kulit
  • Menghilangkan bekas jerawat
  • Sesuai kulit kering
  • Kulit kelihatan bercahaya
LULUR COKLAT
  • Melembapkan kulit
  • Membuang sel mati
  • Mencegah kulit berkedut
LULUR GREEN TEA
  • Membuang sel mati
  • Baik untuk perederan darah
  • Memulihkan kedut
  • Anti selulit
  • Anti Oksidan
  • Menghilangkan bekas jerawat
LULUR RUMPAI LAUT
  • Melembapkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melegakan otot-otot yang tegang
  • Sesuai kulit kering
LULUR GUNUNG BERAPI
  • Anti bacteria
  • Menanggalkan sel mati
  • Anti selulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menegangkan kulit dan payudara
  • Megatasi masalah kudis di kulit
LULUR KACANG HIJAU
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menghilangkan noda di wajah
  • Menghaluskan kulit
  • Meremajakan kulit
LULUR DAUN GELENGGANG (CASSIAR ALATA)
  • Masalah panau atau kurap di badan
  • Menghilangkan Jerawat dan menghaluskan kulit
  • Menagani masalah gatal-gatal di badan
TEMULAWAK
  • Membuang sel mati
  • Buang kotoran dan debu pada kulit
  • Memutihkan kulit
  • Mencegah jerawat
  • Menjadi kulit gebu dan bersih
LULUR SUSU
  • Membuang sel mati
  • Kotoran dan debu
  • Memutihkan kulit
  • Protein pada kulit
  • Kesegaran pada kulit dan kelembapan pada kulit
BOREH
  • Membuang sel mati
  • Membuang angin
  • Menhaluskan kulit
  • Memudahkan pejalanan darah
  • Wanita lepas kawin
LULUR PANAS REMPAH RATUS
  • Membuang angin
  • Baik untuk peredaran darah
  • Urat saraf
  • Anti selulit
  • Memecahkan lemak
  • Sesuai untuk wanita selepas bersalin


Khasiat Mandi Dengan Garam


Mandi bukan cuma aktivitas wajib untuk membersihkan tubuh. Di balik kesegaran yang didapat, ternyata mandi juga mempunyai berbagai khasiat untuk kecantikan dan kesehatan. Menurut sebuah penelitian, mandi memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah penyakit kulit. Selain itu, mandi juga mampu membangkitkan mood dan energi.
Mandi juga terdiri atas berbagai jenis, misalnya Anda tentu sudah pernah mendengar tentang mandi susu atau mandi bunga. Namun, bagaimana dengan mandi garam? Apa manfaatnya?
Garam ternyata dapat digunakan sebagai bahan pelengkap saat kita mandi. Garam yang digunakan biasanya dicampur dengan minyak atsiri atau essential oil (minyak nabati yang berwujud cairan kental dan mudah menguap pada suhu ruang sehingga memberikan aroma yang khas) yang mengandung melati, lavender, dan produk kesehatan lainnya. Garam mandi jenis ini banyak dijual di toko kosmetik atau peralatan spa.
Mandi garam berkhasiat untuk menghilangkan kepenatan dan mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Racun tersebut dibuang lewat pori-pori kulit dan keringat. Mandi garam adalah mandi yang biayanya paling murah dan mudah dilakukan. Namun, mandi jenis ini dilarang untuk orang yang memiliki penyakit hipertensi karena sifat garam yang bisa menaikkan tekanan darah.
Cara mandi garam.
  1. Taburkan dua hingga tiga sendok makan garam kristal yang telah dicampur dengan essential oil ke dalam air mandi.
  2. Aduk hingga garam larut dan merata.
  3. Berendamlah sekitar 20 menit, kemudian bilas tubuh dengan air hangat



Khasiat Haruman Aromaterapi

Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri.

1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.

3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan trhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Serotonin yang dapat menhilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormo Kortisol yang terhasil semasa stress.

5. German Chamomile. Ia berfungsi merakan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfunsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.