it's my life,,

Wednesday, January 26, 2011

petua org kampung jgn dilupekan!!

RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA

Lihat topik di atas. Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??


Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan rambut. Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan moisturizer rambut atau tonerrambut. Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan tidak bermaya. Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut , kalau boleh setiap minggu. Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit kepala kita jika kita menggalami kelimumur. Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau pewarna rambut terkena di kulit kepala. So HATI -HATI JIKA MEMBUAT REBONDING DAN MEWARNAKAN RAMBUT.
Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.


*Panjangkan Rambut*Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.
*Lembutkan Rambut*Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.
*Menghitamkan Rambut*Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.
*Elakan rambut gugur*Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.
*Khasiat Buah mengkudu*
Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur*Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.

MASALAH BERAT BADAN
Masalah orang perempuan
Percaya tak saya pernah menggalami berat badan lebih dari 65Kg? Pada masa tu saya hanya lah berpakaian T- shirt besar dan seluar getah. perut pun buncit. Dalam 15 tahun jugaklah saya gemuk. Kenapa yer. Maybe masa tu selera makan tengah membuak -buak kut.
Apa tidak nya. Saya makan junk food ngan air coke almost every day. Lepas tu flash ( buang air besar)tak aktif.Macam ketagih.
Mungkin tips saya ni boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan .
Anda boleh mengupas kulit daun lidah buaya dan rebus isinya. Kemudian airnya diminum . Amalkan setiap malam, anda akan melihat hasil nya .

Muka berjerawat

Kurangkan Jerawat


Rendam sepotong roti dalam semangkuk susu segar. Selepas itu letakkan roti tadi pada wajah anda yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit ,kemudian bilas bersih-bersih dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
Selamat mencuba dan semoga ianya membantu.

Pulut hitam putihkan wajah*
Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih saya sarankan ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.Anda akan rasa seperti mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang.Sekiranya diamalkan seminggu tiga kali.Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.Pengguna tidak perlu risau karena bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia seperti mana penggunaan kosmetik lain.

*Hilangkan jeragat*
Untuk menghilangkan jeragat di muka ,ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.Bila kering cuci dengan air suam.Amalkan selalu .Insya Allah kulit kita akan jadi lembut.Dan licin,jikalau tak ada limau nipis boleh juga diganti putih telur.

*Menggebukan Kulit muka*
Bagi memperolehi wajah sebegitu rupa anda hendaklah mengikuti petua ini. Bahan yang perlu di sediakan ialah segenggam beras pulut.madu dan lima biji limau kasturi. Caranya mudah dengan menggoreng beras pulut tanpa minyak sehingga. Kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau
dan di gaul hingga sebati.Sebelum menggunakkanya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya .Selama 15 minit.Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.Pasti memuaskan anda.Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.

*Kulit Cerah,Dan Berseri*
Rendam Beras semalaman.Keesokan harinya tos dan jemur,beras tersebut hingga kering,setelah kering tumbuk atau kisar sehingga halus. Bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih,sepotong ibu kunyit dan segenggamPucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.Bancuh badak ini dgn air secukupnya sapukan pada kulit wajah,selepas 15 hingga 30 minit,Barulah cuci wajah anda.Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.

*Madu Haluskan Kulit*
Ambil setitik madu,Campurkan sedikit dgn air bagi memudahkan larutan,Sapukan pada kulit wajah yang bersih.Sekiranya kulit anda terlalu kering,Gunakan madu sebagai masker,campur dengan sedikit air dan sapukan pada seluruh wajah.Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

*Hilangkan Parut*
Ambil sebiji asam jawa goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit,Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar.Bila keluar serbuknya,titiskan dengan air dan gosok pada parut.Insya Allah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

*Hilangkan panau di wajah*
Ambil sepotong halia atau belerang,tumbuk lumut kemudian tempelkan di muka.Lakukan setiap hari sebelum tidur.Insya Allah anda akan peroleh hasilnya.
Semoga dengan paparan ringkas ini dapat membantu sahabat yang lain. Saya juga akanupdate dari masa ke semasa koleksi petua saya ni . Insyaallah.


No comments:

Post a Comment